Tanaman Bijirin China Seluas 11.33 Juta Hektar Selesai Dituai

2022-09-19 13:35:38  CRI
Share with:

Tanaman bijirin musim gugur  seluas 11.33 juta hektar, iaitu 13.3% keseluruhan di peringkat kebangsaan China dilaporkan telah selesai dituai.

Menurut data statistik  Kementerian Pertanian dan Urusan Luar Bandar China, tanaman bijirin yang sudah  selesai dituai itu merangkumi separuh tanaman di kawasan bahagian barat daya,  20% di kawasan hilir dan tengah aliran sungai Yangtze serta kawasan bahagian  selatan, 10% di kawasan bahagian barat laut, dan sedikit di kawasan bahagian  timur laut dan kawasan aliran sungai Kuning dan sungai  Huai.