China-ASEAN Buahkan Hasil Melimpah dalam Kerjasama Perdagangan
Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-19 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) telah membuka tirai di Nanning, wilayah Guangxi baru-baru ini. Terdapat pengamat antarabangsa yang berpendapat bahawa CAEXPO sudah merupakan jendela bagi dunia luar menyaksikan kerjasama China-ASEAN yang kekal dinamik dan berturut-turut membuahkan hasil yang melimpah.
Sejak berjaya diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2004, CAEXPO sudah berkembang menjadi satu platform penting bagi China dan ASEAN dalam melakukan dialiog dan kerjasama. CAEXPO edisi 2022 yang seluas 102,000 meter persegi merangkumi penglibatan lebih 1,600 syarikat secara fizikal dan lebih 2,000 lagi secara maya.
Sejumlah syarikat dari Malaysia, negara kehormat CAEXPO kali ini, menampil dengan membawa pelbagai produk yang melibatkan makanan, minuman, bahan penjagaan kesihatan, petroleum dan gas asli.
Tahun ini tahun yang pertama bagi China dan ASEAN yang menetapkan hubungan Perkongsian Strategik Komprehensif dan juga tahun pertama pelaksanaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Jumlah projek kerjasama yang ditandatangani dalam ekspo edisi 2022 yang bertemakan 'Kongsi Peluang Baharu RCEP, Bina Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0', jauh lebih banyak daripada tahun 2021.
Menurut data daripada Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), perdagangan import eksport China dengan negara ASEAN meningkat 14%, manakala yang dengan 14 negara anggota RCEP di luar ASEAN meningkat 7.5% pada lapan bulan pertama tahun ini.