Media Antarabangsa: Lawatan Xi ke Asia Tengah Signifikan

2022-09-19 13:32:31  CRI
Share with:

Pada 14 hingga 16  September, Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Mesyuarat Ke-22 Majlis  Pemimpin Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Samarqand, dan mengadakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dan Uzbekistan. Kerjasama, keselamatan, pembangunan,  keterbukaan, saling percaya dan saling hormat menjadi perkataan hangat dalam  liputan media antarabangsa. Presiden Xi memilih Asia Tengah sebagai destinasi  pertama dalam jadual lawatannya setelah tercetusnya wabak COVID-19 sangat signifikan.

Menurut Agensi TASS Rusia,  semasa lawatan ke Asia Tengah pada sembilan tahun yang lalu, Xi pernah  mengemukakan Inisiatif Jalur Ekonomi Jalan Sutera di Kazakhstan buat kali  pertama, dan sekarang ini beliau memilih menjelaskan visi China dalam diplomasinya ketika melawat lagi negara itu, iaitu mendorong pembentukan  komuniti berkongsi nasib sesama insan dan memelihara kedamaian dan pembangunan  dunia.

Menurut KAZINFORM Kazakhstan pula, lawatan rasmi Presiden Xi adalah bermakna besar bagi negaranya  dan serantau, memperlihatkan kepekaan China terhadap Kazakhstan dan perkongsian  rakan strategik komprehensif China- Kazakhstan yang bertaraf tinggi, dan  menyuntik kedinamikan kepada bidang kerjasama kedua-dua negara. Pengumuman  bersama ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan bilateral yang termeterai  menandakan permulaan "tiga dekad emas" yang  baharu.

Sementara itu, media  Uzbekistan juga menerbitkan laporan dalam bilangan besar berhubung kenyataan  Presiden Xi yang menyebut China adalah "kawan, rakan dan saudara baik bagi Uzbekistan".