CAEXPO Siar Buku Biru Peraturan Tempasal RCEP
Buku biru mengenai Peraturan Tempasal Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) disiarkan pada Jumaat sempena sidang meja bulat kerjasama pelaburan Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-19 di Nanning, wilayah Guangxi.
Buku biru itu diedarkan untuk membantu pelbagai perusahaan mendalami peraturan tempasal RCEP dan menikmati manfaat daripada dasar pengurangan tarif, serta meningkatkan keupayaan mereka dalam mengaplikasikan peraturan berkenaan ketika terlibat dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di peringkat global.
Ia terbahagi kepada empat bab, masing-masing mengenai sistem pensijilan tempasal, inovasi dalam sistem itu, kemudahan dibawa kepada perusahaan, dan perakuan tempasal untuk pengeksportan.
Sidang meja bulat secara hibrid itu menjadi platform kepada negara peserta untuk memperkenalkan dasar dan persekitaran pelaburan serta peluang pembangunan masing-masing.
Bertemakan ‘Peluang Baharu Kerjasama Pelaburan China-ASEAN di bawah Peraturan RCEP’, sidang itu turut disertai wakil dari China, sepuluh negara ASEAN, Sekretariat ASEAN, serta Korea Selatan dan Jepun.