Belia Asing Kirim Salam kepada Angkasawan China

2022-09-19 13:56:39  CRI
Share with:

Majlis penyampaian hadiah kepada belia dari dalam dan luar negara yang menyertai aktiviti 'Melukis Impian Jelajah Angkasa' diadakan di Muzium Sains dan Teknologi China di Beijing pada 15 September.  

Mereka turut diberikan peluang untuk berinteraksi dengan angkasawan China yang sedang bertugas di stesen angkasa.

Belia dari Mongolia, Vietnam, Laos, Kemboja, Bangladesh, Afghanistan, Turkiye dan Kenya masing-masing memenangi 'Hadiah Mengtian', 'Hadiah Wentian', 'Hadiah Tianhe' dan 'Hadiah Tiangong' yang dinamakan mengikut modul stesen angkasa China.

Pemenang hadiah berkenaan turut menyampaikan salam dan harapan baik kepada angkasawan China menerusi rakaman video.

Aktiviti itu anjuran Pusat Penerbitan Program Bahasa-Bahasa Asia dan Afrika Kumpulan Media China (CMG) bersama Muzium Sains dan Teknologi China.