Xi Utus Kawat Tahniah kepada Ekspo China- Eurasia Ke-7

2022-09-19 17:59:52  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah menghantar kawat tahniah kepada Ekspo China-Eurasia ke-7 yang dirasmikan di Urumqi, wilayah Xinjiang pagi tadi.

Menurut Xi, benua Eurasia penuh dengan daya dinamik dan potensi pembangunan di samping merupakan rantau penting dalam kerjasama antarabangsa dan pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, hasil yang memberangsangkan dapat disaksikan di wilayah Xinjiang yang mempunyai lokasi strategik serasi dengan pembinaan kawasan teras jalur ekonomi BRI, dan dilihat kondusif bagi mempergiat kesalinghubungan, kerjasama saling menguntungkan dan pembangunan bersama China dengan negara-negara rantau Eurasia.

Xi menegaskan bahawa China bersedia bersama-sama dengan negara-negara yang terbabit untuk terus menyemarakkan semangat BRI yang menekankan kerjasama secara damai, terbuka, inklusif, saling belajar dan sama menang, meneruskan pembangunan yang berspesifikasi tinggi, mampan, revelan dengan kehidupan rakyat, serta menerokai bidang baharu dan meningkatkan taraf dalam kerjasama Eurasia sehingga mewujudkan kemakmuran dalam pembangunan bersama.  

Ekspo China-Eurasia ke-7 yang dijangka akan berlangsung pada 19 hingga 22 September ini dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan China, Kementerian Luar China, Dewan Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan kerajaan wilayah Xinjiang.

Tema utama ekspo kali ini ialah “rundingan bersama, membina bersama, berkongsi bersama dan bekerjasama demi masa depan”.