'Impian Amerika' Ngeri bagi PATI Amerika Latin
Menurut laporan Fox News Amerika Syarikat (AS) pada 18 September lalu, pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) menyatakan bahawa sudah terdapat 782 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) maut ketika cuba merentasi sempadan antara AS dengan Mexico sejak 1 Oktober tahun 2021 hingga sekarang, antaranya 30 kemautan dikesan pada bulan September. Pada awal tahun ini, Organisasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) telah menyenaraikan sempadan antara AS dengan Mexico sebagai laluan imigrasi paling bahaya di dunia.
Isu PATI Amerika Latin sebenarnya hasil campur tangan AS terhadap hal ehwal dalaman Amerika Latin dengan mengamal “Monroe Doctrine”. Preisden Mexico, Andrés Manuel López Obrador pernah mengatakan bahawa gejalah PATI berpunca dari wujudnya masalah kemiskinan dan kekurangan peluang pekerjaan di kampung halaman mereka. Kalau tak mahu dibanjiri PATI, AS sepatutnya memilih membantu negara Amerika Tengah membangunkan ekonomi tempatan. Presiden Mexico ini pada bulan Mei lalu pernah mengeluh bahawa dalam rundingan yang berlangsung selama empat tahun, AS tidak pernah memperuntukkan sebarang dana kepada pembangunan negara Amerika Tengah.
Semasa pentadbiran Trump, pelaksanaan dasar imigrasi dijadikan ketat melalui pembinaan dan pengukuhan tembok pemisah di sempadan AS-Mexico. Seterusnya, Joe Biden ketika mula menjalankan tugasnya sebagai Presiden pernah berjanji akan membaharui akta imigrasi dengan menyeluruh, namun masih belum nampak hasil dan keberkesanannya setakat ini. Sebaliknya pada bulan Disember tahun lalu, pelaksanaan dasar “Tinggal di Mexico” yang diperkenalkan pentadbiran Trump disambungkan lagi sehingga PATI Amerika Tengah diusirkan kembali ke wilayah Mexico dan terpaksa menderita pergolakan yang bertambah buruk.
Selain itu, isu PATI sudah dijadikan alat politik dalam pertarungan dua parti utama di AS. Khususnya pada saat menjelang pilihan raya pertengahan, sejumlah politikus AS sudah biasa berjanji kosong dalam isu PATI sambil menjadikan isu itu sebagai jebakan bagi pihak lawannya. Sejak tahun ini, terdapat beberapa gabenor negeri dari Parti Republikan berkali-kali mengarahkan penghantaran PATI ke tempat yang diperintah pegawai dari Parti Demokratik demi menyatakan tentangan terhadap dasar imigrasi kerajaan Biden. Malangnya, isu PATI yang ditendang-tendang seperti bola, dan hak asasi mereka yang diabaikan yang dilihat seperti kertas buangan di mata politikus AS.