Naib Presiden China Hadiri Upacara Pengebumian Ratu Elizabeth II

2022-09-21 11:27:44  CRI
Share with:

Atas undangan kerajaan Britain, wakil khas Presiden China Xi Jinping, yang juga Naib Presiden China Wang Qishan menghadiri upacara memberikan penghormatan terakhir di Westminster Hall London pada 18 September waktu tempatan dan upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II yang diadakan di Westminster Abbey pada 19 September waktu tempatan.

Wang Qishan menyatakan kepada pihak Britain, pada saat Ratu Elizabeth II mangkat dan seluruh Britain berada dalam keadaan berduka cita, Presiden Xi Jinping melantiknya sebagai wakil khas untuk menghadiri upacara pengebumian. Ini turut memperlihatkan sikap muhibah kerajaan dan rakyat China terhadap keluarga diraja, kerajaan dan rakyat Britain.

“Ratu Elizabeth II adalah Raja Britain paling lama menduduki takhta. Baginda telah menyaksikan perubahan zaman dan merupakan simbol semangat dan perpaduan negara Britian.

“Baginda dicintai rakyatnya dan juga telah memberikan sumbangan penting kepada perkembangan hubungan China-Britain,” kata Wang.

Raja Charles III pula menyampaikan mesej kepada pihak China untuk mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan Naib Presiden Wang Qishan sebagai wakil khas Presiden Xi Jinping untuk menghadiri upacara pengebumian Ratu di Britian. Keluarga diraja Britain sangat menghargai persahabatan dengan pemimpin China, mementingkan hubungan Britain-China, dan berharap terus bekerjasama dengan China dalam pembangunan mampan dan pelbagai bidang lain pada masa depan.