Ekuinoks Musim Luruh, Musim Paling Indah Sepanjang Tahun
Hari "Ekuinoks Musim Luruh" biasanya jatuh pada 23 hb atau 24 hb September setiap tahun.
Menurut sistem kalender tradisional China, hari "Ekuinoks Musim Luruh" berada pada tengah-tengah musim luruh yang selama 90 hari. Maka, "Ekuinoks Musim Luruh" juga bermaksud membahagikan musim luruh kepada dua jangka masa iaitu setengah pertama dan setengah kedua.
Selain itu, ia juga bermaksud waktu siang dan malam yang sama panjang.
Selepas Ekuinoks Musim Luruh, kedudukan matahari yang tegak dan selari dengan Bumi akan beralih ke hemisfera selatan, dan waktu siang di hemisfera utara akan menjadi pendek manakala waktu malam menjadi panjang. Selain itu, perbezaan suhu pada siang dan malam juga lebih besar, dan cuaca akan menjadi dingin hari demi hari.
Disebabkan siang dan malam yang sama dan cuaca yang sederhana, Ekuinoks Musim Luruh dianggap masa yang paling indah sepanjang tahun.