Tanaman Bijirin Seluas 15.73 Juta Hektar Selesai Dituai
Tanaman bijirin musim gugur seluas 15.73 juta hektar, iaitu 18.1% keseluruhan di peringkat kebangsaan China dilaporkan telah selesai dituai, lebih banyak 0.9% daripada yang diselesaikan pada masa yang sama tahun lepas.
Menurut data statistik Kementerian Pertanian dan Urusan Luar Bandar China, tanaman bijirin yang sudah selesai dituai itu merangkumi separuh tanaman di kawasan bahagian barat daya, 20% di kawasan hilir dan tengah aliran sungai Yangtze serta kawasan bahagian selatan, 10% di kawasan bahagian barat laut, dan sedikit di kawasan bahagian timur laut dan kawasan aliran sungai Kuning dan sungai Huai.
Sebanyak 30 juta unit mesin pertanian telah digunakan di perladangan seluruh negara dalam tempoh penyemaian, pengurusan dan penuaian semasa musim gugur tahun ini.