Belajar Pengalaman Pembasmian Kemiskinan China Berbaloi

2022-09-21 14:31:02  CRI
Share with:

Tercapainya matlamat pembasmian kemiskinan dalam Rancangan Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak terlepas dari sumbangan penting dari China. Belajar pengalaman China adalah berbaloi bagi pelbagai negara lain. Demikian dinyatakan Naib Setiausaha Tetap PBB, Amina Mohammed kepada wartawan Kumpulan Media China (CMG) sempena Perhimpunan Agung PBB ke-77 yang sedang diadakan di New York pada Isnin lalu.

Beliau menyatakan bahawa pihaknya akan berkongsi pengalaman China yang baik dengan pelbagai negara lain.

Menurut beliau, apa isu kuncinya yang boleh membantu rakyat membebaskan diri daripada kemiskinan? Itulah pendidikan dan makanan yang berkhasiat, yang sudah dijadikan petua dalam pelaksanaan dasar pembasmian kemiskian di China. Pengalaman dan praktik China yang berjaya membantu penduduk yang berbilangan besar keluar daripada belenggu kemiskinan, merupakan yang paling penting yang patut kita belajar.