Santapan Minda: Sedaya Berikhtiar Insan nan Budiman

2022-09-21 12:13:15  CRI
Share with:

Sedaya berikhtiar insan nan budiman, seumpama fitrah alamiah nan utuh.

Huraian:

Sejak zaman purbakala, hukum tabii yang utuh menjadi sumber motivasi dan pedoman kepada orang China untuk memasang cita-cita luhur dan merealisasikannya menerusi ikhtiar gigih.

Dipetik daripada buku klasik I-Ching (The Book of Changes), ungkapan falsafah itu bersama-sama dengan ungkapan ‘Insan berpekerti galas tanggungjawab besar’, membentuk jati diri bangsa Cina.

Ia membawa maksud, seseorang insan yang berbudi pekerti hendaklah mengekalkan semangat keberanian yang jitu dalam mencabar keupayaan diri dan berusaha tanpa kenal erti jemu hingga melunaskan impian dikejari. 

Pada zaman sekarang, kata-kata hikmat itu juga menjadi dorongan kepada masyarakat China untuk melakukan reformasi dan inovasi.