Wang Qishan Hadir Aktiviti Peringatan Hari Kedamaian Antarabangsa 2022

2022-09-22 14:24:27  CRI
Share with:

Inisiatif Keselamatan Global yang diajukan Presiden China, Xi Jinping menggambarkan hasrat umum masyarakat antarabangsa untuk memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan bersama, dan juga dilihat sebagai kebijaksanaan dan saranan China kepada usaha menghapuskan defisit dalam bidang kedamaian dan mengatasi kesukaran dalam bidang keselamatan. Naib Presiden China, Wang Qishan berkata demikian ketika menghadiri aktiviti untuk memperingati Hari Kedamaian Antarabangsa Tahun 2022 secara maya semalam.

Wang menekankan bahawa China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa mempraktikkan Inisiatif Keselamatan Global. Keselamatan, kedaulatan dan kepentingan pembangunan setiap negara mesti dihormati. Kita perlu menyempurnakan tadbir urus sejagat, menentang tegas perbuatan yang bersifat hegenomi dan membuli, melaksanakan multilateralisme yang benar, memelihara kedamaian dan kestabilan dunia dan menggalakkan pembangunan dan kemakmuran setiap negara.

Wang menambah, China sama sekali tidak berganjak daripada menempuh jalan pembangunan secara damai, dan bersedia membangun bersama-sama dengan semua negara dan rakyat yang mencintai kedamaian di dunia untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Turut hadir secara maya, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres dan Presiden Nepal, Bidhya Devi Bhandari. Para hadirin asing beranggapan bahawa Inisiatif Keselamatan Global selaras dengan hasrat rakyat pelbagai negara dan dan berperanan menyuntik momentum kepada usaha membangunkan dunia yang selamat, damai dan makmur.