Inisiatif Pembangunan Global Kondusif bagi Pelaksanaan Agenda 2030

2022-09-22 15:42:54  CRI
Share with:

Inisiatif Pembangunan Global anjuran China paling kondusif bagi memacu pelbagai negara menggembeleng tenaga dalam memperjuangkan Agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2030 bagi Pembangunan Mampan (Agenda 2030).

Demikian ditunjukkan Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Achim Steiner dalam ucapan perasmian Mesyuarat Menteri Kumpulan Rakan Inisiatif Pembangunan Global Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 yang dipengerusikan Menteri Luar China, Wang Yi di New York pada Selasa.

"Menurut laporan pembangunan PBB terkini, tahap pembangunan umat manusia terus merosot dalam tempoh dua tahun lalu, iaitu keadaan yang tidak pernah berlaku sepanjang tiga dekad lalu.

"Pencapaian manusia dalam pembangunan lalu kelihatan terhakis teruk akibat pandemik COVID-19, konflik serantau, kekurangan makanan dan tenaga, serta bencana alam ekoran perubahan iklim," kata Steiner.

Beliau turut menyeru supaya pelbagai negara bersinergi dan bersatu padu bagi mengatasi kegetiran berkenaan menerusi mekanisme yang betul.

Menteri luar negara-negara terbabit dan pengurus pertubuhan antarabangsa yang menghadiri mesyuarat kali ini menyatakan bahawa Inisiatif Pembangunan Global anjuran China berperanan menyuntik keyakinan kukuh kepada pembangunan pelbagai negara ketika seluruh dunia bergelut dengan pelbagai cabaran yang semakin kritikal dewasa ini.

Difahamkan, Inisiatif Pembangunan Global yang diajukan Presiden Xi Jinping dalam sesi ke-76 UNGA tahun lalu turut mendapat sokongan dan sambutan di persada antarabangsa, dengan kerap kali disebut dan dibincangkan.