Kaum tani di serata tempat di China sibuk mengerjakan ladang pada musim luruh ketika ini.
Presiden China Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada 20 November. Dalam rundingan dengan rakan sejawatnya Luiz Inacio Lula da Silva, kedua-dua pihak sepakat menaik taraf hubungan bilateral kepada komuniti berkongsi nasib ke arah dunia yang lebih adil dan planet yang lebih mampan, selain menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Brazil.
Presiden China, Xi Jinping menyeru agar membina dunia yang adil serta maju bersama dan membentuk sistem tadbir urus global yang rasional dan kondusif, ketika berucap dalam Sidang Kemuncak G20 Ke-19 di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin waktu tempatan, dan turut mengumumkan siri tindakan China untuk menyokong pembangunan global.
Beralih daripada mekanisme tindak balas krisis kepada mekanisme tadbir urus jangka panjang, Kumpulan 20 (G20) menjadi platform penting untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif.