China Wakili 30 Negara Bantah Sekatan Sepihak Tanpa Rujukan Perundangan Antarabangsa

2022-09-22 14:25:01  CRI
Share with:

China menyeru semua pihak mengekalkan pelaksanaan dasar yang berpaksikan rakyat, mengintensifkan peruntukan dalam usaha menggalakkan dan memelihara hak ekonomi, sosial dan kebudayaan serta membanteras ketidaksamaan,  dan menentang sekatan sepihak tanpa rujukan perundangan antarabangsa.  

Demikian dinyatakan Wakil China ke Pejabat Geneva Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersaru (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lain, Duta Besar Chen Xu  ketika mewakili lebih 30 buah negara dalam perbahasan biasa Mesyuarat Ke-51 Majlis Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia (UNHRC) berhubung isu hak asasi manusia pada Rabu.

Pelbagai pihak diseru mengutamakan rakyak agar kesemua golongan  khususnya golongan rentan dipastikan boleh mendapat manfaat daripada hasilan  pembangunan  sehingga tiada seorang pun tertinggal dalam menikmati hak dalam pendidikan, perubatan, perumahan dan pekerjaan,  serta mempergiatkan pembangunan  yang lebih berkualiti, berkecekapan, adil, lestari dan aman. Pelbagai pihak juga digesa memperhebat perpaduan antarabangsa, mengambil langkah yang inklusif dalam menangkis pandemik dan mendorong pemulihan ekonomi, di samping memastikan vaksin  dan ubat-ubatan terjangkau dalam suasana adil. UNHRC dan Pejabat Pesuruhjaya Kanan bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) diharap memelihara dan menghormati  hak setiap negara dalam memilih jalan pembangunan, menentang campur tangan  luaran terhadap hal ehwal dalaman setiap negara, serta menolak pendekatan yang  mempolitikkan dan mengetepikan hak pembangunan.