Sekatan Sepihak AS Dibidas Perbuatan Hegenomi dalam Perhimpunan PBB

2022-09-23 14:15:52  CRI
Share with:

Pada 21 September lalu yakni hari kedua sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-77, pemimpin sejumlah negara telah menyampaikan ucapan untuk mengutuk perbuatan hegemoni Amerika Syarikat (AS) yang melaksanakan sekatan sepihak terhadap negara lain, di samping menentang lakuan AS yang mencampuri urusan dalaman negara lain.

Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi dalam ucapannya menyatakan bahawa Iran tidak mahu mengeluarkan atau memperolehi senjata nuklear. Hanyalah AS yang tidak berhenti menginjak-injak Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) tentang isu nuklear Iran. Beliau bersuara lantang mengutuk perbuatan AS yang mengehadkan pembangunan negara lain melalui langkah hegenomi dan sekatan sepihak.

Menteri Luar Kuba, Bruno Rodriguez pula mengkritik AS yang meneruskan kepungan ekonomi, perdagangan dan kewangan terhadap negaranya yang sudah menjadikan pembangunan ekonomi negaranya terjejas teruk.

Sejak tahun 1962, AS mula melaksanakan sekatan ekonomi dan kewangan serta larangan perdagangan terhadap Kuba. Walaupun kedua-dua negara itu telah memulihkan hubungan diplomatik pada tahun 2015, tetapi sekatan itu tidak dibatalkan dengan semuanya. Menurut statistik, dalam tempoh dari April tahun 2019 hingga Disember 2020 sahaja, sekatan AS telah mengakibatkan Kuba mengalami kerugian sebanyak USD9.157 bilion (RM42 bilion).  

Dalam sesi perbahasan itu, Presiden Namibia, Hage Geingob menyeru AS membatalkan sekatan yang tidak sah dan menghormati hak pembangunan rakyat Zimbabwei.

Menurut rekod, sekatan haram selama lebih 20 tahun yang dikenakan AS terhadap Zembabwei bermula tahun 2001, menjadikan kemampuan negara itu terhakis teruk dalam membangunkan ekonomi dan meningkatkan tahap kehidupan rakyat, malah menjadikan usaha kawasan selatan Afrika untuk memperkasakan kerjasama dan mewujudkan pembangunan bersama-sama terjejas.