Rumput Kochia Scoparia Jana Limpahan Pendapatan

2022-09-23 10:20:46  CRI
Share with:

Kampung Caojiagou di provinsi Shanxi giat membimbing koperasi dan kaum tani tempatan untuk mengembangkan industri penanaman rumput kochia scoparia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menerusi usaha berterusan, industri berkenaan bukan hanya membawa limpahan pendapatan kepada para petani malah membantu memperindah persekitaran kawasan desa.

Rumput kochia scoparia berwarna merah delima yang tumbuh berumpun-rumpun membentuk landskap yang sungguh mempesona hingga menjadi daya tarikan bagi para pengunjung dan peminat fotografi pada musim luruh setiap tahun.