Wang Yi Sampaikan Ucapan di Asia Society

2022-09-24 16:00:42  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi telah menyampaikan ucapan bertema “Cara Betul dalam Pergaulan China-AS pada Era Baharu” di ibu pejabat Asia Society di New York pada 22 September lalu.


Wang berkata, kerjasama menang-memang merupakan arus perdana hubungan China dengan Amerika Syarikat (AS) pada masa selama setengah abad yang lalu, malahan matlamat bersama bagi kedua-dua pihak untuk masa hadapan. Hakikat dan data terbabit menunjukkan bahawa hasrat rakyat China dan AS adalah kerjasama yang juga terbukti sebagai pilihan terbaik bagi kedua-dua negara sejak sekian lama.


Wang menekankan bahawa isu Taiwan yang merupakan kepentingan teras China, sudah berkembang menjadi yang berisiko paling tinggi bagi hubungan China-AS buat masa kini, dan jika tidak dapat ditangani dengan baik, hubungan kedua-dua negara akan mengalami tamparan yang boleh membawa akibat subversif.


Menurut Wang, Presiden Xi Jinping pernah menunjukkan bahawa China dan AS perlu mencari cara yang betul dalam pergaulan antara satu sama lain, dan ini juga tugasan yang paling penting dalam hubungan antarabangsa untuk tempoh 50 tahun akan datang.