Tuaian Bijirin Musim Panas 2022 Catat 147.39 Bilion Kilo

2022-09-24 15:00:11  CRI
Share with:


Peningkatan hasilan gandum  musim panas telah menyumbang kepada terwujudnya tuaian melimpah tanaman bijirin sepanjang tahun.

Menurut Jabatan Statistik  Kebangsaan (NBS), hasilan bijirin musim panas melebihi 21% keseluruhan hasilan sepanjang tahun 2022, dengan mencatat 147.39 bilion kilogram, iaitu naik 1.0%  berbanding tahun lepas dengan menambah 1.435 bilion kilogram. Antaranya hasilan gandum mencecah 135.76 bilion kilogram, naik 1.0% dengan bertambah 1.285 bilion  kilogram.

Bagi hasilan padi awal musim yang merupakan 4% keseluruhan hasilan bijirin, baik tanamannya mahunpun hasilannya mewujudkan pertambahan sebanyak 0.4%. Secara konkrit, keluasan tanamannya mencapai 4.76 juta hektar, bertambah 21 ribu hektar, sedangkan jumlah hasilannya mencatat 28.125 bilion kilogram, bertambah 105 juta kilogram.