Negara-negara Kepulauan Pasifik Bukan Peralatan AS untuk Konfrontasi Geografi
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata pada mesyuarat menteri luar Rakan Kongsi di Pacific Biru (PBP) yang selari dengan berlangsungnya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis, pihaknya akan mempergiat pembangunan di kawasan Lautan Pasifik.
Menurutnya, AS juga akan menjalankan kerjasama dengan rakan kongsinya dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan pembinaan infrastruktur.
Kenyataan Antony Blinken tersebut dianggap sebagai membuat persiapan bagi Sidang Kemuncak AS-Negara-negara Kepulauan Pasifik pertama yang bakal diadakan di Washington pada penghujung September.
Apa yang disebut PBP itu ditubuhkan pada bulan Jun dengan AS, Britain, Australia, Jepun dan New Zealand sebagai negara pengasas dan India sebagai negara pemerhati.
Menurut media AS berkenaan, mekanisme yang dianggap sebagai campuran “mekanisme kuadrilateral” dengan “AUKUS” dari segi komposisi ini sebenarnya boleh disifatkan sebagai kuasa pengimbang pengaruh China yang semakin meningkat di kawasan Pasifik selatan.
Anggota Dewan Perwakilan AS, Steve Chabot berpendapat, perjanjian keselamatan China-Kepulauan Solomon yang termeterai pada awal tahun ini menjadikan AS menginsafi situasi yang 'mendesak'.
Penyelaras untuk Hal Ehwal Indo-Pasifik, Majlis Keselamatan Negara AS, Kurt Campbell pula mengakui AS mempergiat usahanya yang “berunsur strategik yang tidak dapat dinafikan” di kawasan Pasifik disebabkan kehadiran China.
Setelah Perang Dunia kedua, AS dan Britain pernah menubuhkan padang ujian nuklear di negara-negara kepulauan Pasifik yang kemudian beroperasi sehingga kesihatan penduduk tempatan terjejas teruk. Namun AS dan Britain tidak pernah memohon maaf atau memberi pampasan atas jenayah mereka, sebaliknya melarang negara-negara terbabit berinisiatif menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain.
AS digesa mengotakan janjinya untuk menjalankan kerjasama yang sama rata dan saling menguntungkan dengan negara-negara kepulauan Pasifik serta menghormati hak negara-negara tersebut untuk berinisiatif menjalankan pertukaran dengan negara lain secara bebas .