Taklimat Xinjiang Diadakan di Ibu Pejabat PBB

2022-09-24 14:18:57  CRI
Share with:

Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dan Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva telah mengadakan sesi taklimat untuk memperkenalkan pencapaian Xinjiang dalam menghormati dan menjamin hak asasi di ibu pejabat PBB di Geneva pada 22 September waktu tempatan.

Dalam sesi taklimat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Xinjiang, Shawkat Imin menyatakan bahawa kerajaan Xinjiang sentiasa komited kepada peningkatan kesejahteraan rakyat pelbagai etnik di wilayahnya, yang sudah berkembang menjadi laluan penting bagi negara terlibat pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjalankan pertukaran lawatan. Pihaknya mengalu-alukan sekalian melawat ke Xinjiang untuk menyaksikan pembangunannya.

Wakil tetap China ke PBB di Geneva, Chen Xu menyatakan bahawa Xinjiang telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam bidang pembangunan sosioekonomi dan peningkatan jaminan hak asasi melalui usaha yang gigih dan berterusan. Namun, terdapat beberapa negara Barat yang bermotifkan politik sengaja memilih mengabaikan pencapaian Xinjiang tersebut, serta mereka-reka dan menyebarkan bohongan dan maklumat palsu tentang Xinjiang. Perbuatan keji itu sudah dan akan terus mendapat bantahan tajam dari masyarakat antarabangsa dan ditakdir akan menjadi sia-sia sahaja.

Dalam sesi taklimat itu, pencapaian Xinjiang dalam pelbagai bidang juga diperkenalkan melalui penyiaran klip video yang berjudul “Inilah Xinjiang”.

Turut hadir, lebih 100 orang termasuk wakil tetap dan diplomat kanan, wartawan dan wakil bukan kerajaan dari lebih 50 buah negara.

Para hadirin telah menghargai pencapaian China dalam bidang anti keganasan dan penghapusan ekstremisme, pembangunan, pembasmian kemiskinan, menggalakkan dan menjamin hak asasi manusia dan sebagainya, menyatakan sokongan terhadap pendirian adil China dalam isu mengenai Xinjiang, dan menentang sebarang percubaan untuk mencampuri hal ehwal dalaman China melalui isu Xinjiang.