Wang Yi Sampaikan Ucapan Dalam Pembahasan Umum Perhimpunan Agung PBB ke-77

2022-09-25 13:55:43  CRI
Share with:

Anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah menyampaikan ucapan dalam pembahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu waktu tempatan.

Wang menyatakan bahawa selaku negara membangun yang paling besar, China teguh menyokong perpaduan dan kerjasama dan mengikuti arus perkembangan zaman, manakala sentiasa memainkan peranan sebagai pembina keamanan dunia, penyumbang bagi pembangunan sejagat, pembela order antarabangsa, pembekal produk awam dan pengantara isu hangat.

Menurut Wang, berhadapan cabaran yang pelbagai pada masa ini, Presiden China, Xi Jinping mengeluarkan Inisiatif Pembangunan Global yang menyeru untuk membina komuniti pembangunan sejagat, dan selanjutnya mengeluarkan Inisiatif Keselamatan Global yang dilihat sebagai sumbangan China yang bijaksana untuk mengurangkan defisif kedamaian dan  cadangan China dalam mengatasi cabaran keselamatan antarabangsa.

Wang menekankan, Taiwan adalah sebahagian wilayah China sejak zaman purba. Prinsip Satu China sudah menjadi norma asas hubungan antarabangsa dan persefahaman umum masyarakat antarabangsa. China bersedia bersedaya upaya terus memperjuangkan penyatuan kedua-dua pantai Selat Taiwan berdasarkan usaha ikhlas yang maksimum. Demi mewujudkan sasaran ini, China sama sekali tidak berganjak dari memerangi sebarang kegiatan yang berniat untuk mewujudkan "kemerdekaan Taiwan" dan bertindak pantas menangkis sebarang campur tangan dari kuasa luar.  

Wang menyatakan bahawa sasaran dan tugasan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun kelak bahkan untuk suatu tempoh masa yang lebih panjang akan digariskan berdasarkan hasrat rakyat seluruh negara dalam Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China yang bakal diadakan tidak lama lagi. China akan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa melalui pembangunan pemodenan tersendiri  dan komited bersama-sama dengan negara lain menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan membangunkan dunia yang lebih indah.