Enam Maut dalam Kes Tembakan di AS

2022-09-26 12:38:35  CRI
Share with:

Sebanyak tujuh kes tembakan berlaku di bandar Oakland, California, Amerika Syarikat (AS), mengakibatkan enam orang maut, pada 19 hingga 23 September lalu.

Kebanyakan kes tembakan tersebut berlaku di tempat awam dan banyak orang awam menjadi mangsa. Sehingga kini, kebanyakan suspek masih belum ditangkap.

Menurut data laman sesawang "gun violence archive" AS, seramai 32.6 ribu orang terbunuh akibat kes keganasan senjata api di negara itu sejak awal tahun ini.