AS, Negara Gergasi yang Asyik Kenakan Sekatan

2022-09-27 14:57:59  CRI
Share with:

Amerika Syarikat(AS)dikecam sebagai negara gergasi yang asyik mengenakan sekatan sesuka hati.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin lalu.  

Baru-baru ini, sejumlah pemimpin negara termasuk Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi , Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, Presiden Bolivia, Luis Alberto Arce Catacora, dan Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez telah berturut-turut menyampaikan ucapan untuk mengutuk perbuatan hegemoni AS yang melaksanakan sekatan sepihak terhadap negara lain dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-77.    

Wang Wenbin berkata, menurut statistik, kekerapan sekatan AS terhadap luar telah meningkat sebanyak 933% dari  tahun 2000 hingga  tahun 2021. Sehingga kini, AS pernah mengenakan sekatan ekonomi terhadap  hampir 40 negara yang turut menjadikan kehidupan hampir separuh populasi dunia terjejas, sekali gus menyebabkan berlakunya malapetaka kemanusiaan yang serius. Antaranya, pentadbiran Trump sahaja pernah mengambil langkah sekatan lebih 3,900 kali,  sama dengan tiga kali sehari secara puratanya. Terdapat badan media AS yang melaporkan, sekatan telah dijadikan senjata utama dalam diplomasi negaranya. 

Wang menambah, AS sedang menderita inflasi paling serius dalam tempoh 40 tahun, manakala harga barangan dalam pasaran domestik kekal tinggi dan rakyatnya terpaksa menanggung beban ekonomi yang berat.  “Pada zaman globalisasi kini, pemimpin AS digesa mempertimbangkan 'tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri' ekoran sekatan sepihaknya dan menghentikan perbuatan yang serba rugi."