Peranan Pendamai China dalam Pergolakan Dunia Kondusif

2022-09-27 14:37:09  CRI
Share with:

Delegasi China mungkin merupakan yang paling sibuk di ibu pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dalam masa seminggu yang lalu. Selain menyampaikan ucapan dalam sesi perbahasan umum Perhimpunan Agung ke-77, pihak China telah mempengerusi dan menghadiri sejumlah sidang multilateral. Menteri luar China telah menemui berpuluh-puluh rakan sejawatnya dan petugas pertubuhan antarabangsa. Usaha China untuk mendorong perpaduan dan mencapai konsensus dilihat kondusif bagi dunia yang berada dalam pergolakan.

Menteri Luar China, Wang Yi ketika menyampaikan pidato dalam perbahasan umum tersebut sekali lagi membentang Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Pembangunan Global (GDI) serta enam anjuran China iaitu 'mahu kedamaian bukan peperangan, mahu pembangunan bukan kemiskinan, mahu terbuka bukan tutup pintu, mahu kerjasama bukan konfrontasi dan maju perpaduan bukan perpisahan'. Ini secara jelas menunjukkan prinsip dan pendirian China tentang siri isu antarabangsa yang penting dan juga kehendak bersama majoriti negara di dunia.

Konflik antara Rusia dengan Ukraine merupakan cabaran yang paling serius bagi kedamaian dan keselamatan sejagat buat masa sekarang. Dalam tempoh perhimpunan agung PBB kali ini, menteri luar China secara berasingan menemui rakan sejawatnya dari kedua-dua negara tersebut serta menghadiri sidang menteri luar Majlis Keselamatan mengenai isu Ukraine. Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengatakan, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang kedudukan dan pengaruh China di arena antarabangsa, dan menantikan China memainkan peranan penting untuk menyelesaikan krisis terbabit pada masa ini. Ini turut merupakan salah satu cerminan berhubung pengiktirafan dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap usaha China untuk membantu mewujudkan rundingan damai .

Menyentuh isu mendorong pembangunan sejagat, China juga tidak ketinggalan dalam mengambil tindakan substantif. Sidang peringkat menteri “kumpulan sahabat GDI” yang dipengerusikan China merupakan aktiviti yang penting dan berjaya dalam tempoh berlangsungnya perhimpunan agung kali ini. Turut hadir, petugas dari kira-kira 10 pertubuhan antarabangsa dan wakil kanan dari 60 negara termasuk kira-kira 40 menteri luar, yang seterusnya bersama-sama menyaksikan pengumuman China tentang tujuh langkah utama untuk menyumbang kepada pelaksanaan Agenda 2030 PBB yang melibatkan bidang pengurangan kemiskinan, keselamatan bahan makanan, perindustrian, sumber tenaga bersih dan pendidikan digital . Usaha China tersebut mendapat sanjungan tinggi dari pelbagai pihak.

Pengerusi Perhimpunan Agung ke-77, Korosi Csaba mengatakan, China mampu memainkan peranan penting dalam hal ehwal perhimpunan agung, sedangkan GSI dan GDI anjuran Presidennya, Xi Jinping merupakan visi dan pendekatan yang berkesan untuk menghadapi cabaran pada masa ini. Setiausaha Agung PBB, António Guterres memuji tinggi peranan kunci China bagi menyokong multilateralisme dan mendorong kerjasama antarabangsa serta pembangunan yang mampan. Pihaknya menyokong GDI dan yakin inisiatif tersebut kondusif bagi pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB.