AS Penyebar Maklumat Palsu Terbesar

2022-09-27 14:59:54  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) merupakan penyebar maklumat palsu yang terbesar, dan sejak sekian lama tidak berhenti dalam mencoret arang pada muka negara lain. AS bertahun-tahun membina rangkaian propaganda besar yang menyasar kepada China, Rusia, Iran dan negara-negara lain melalui media sosial, melancarkan propaganda politik dan kempen memfitnah dalam dunia siber melalui pembukaan akaun palsu, penyebaran kandungan yang lebih kurang sama, penciptaan topik hangat dan lain-lain.

   Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika memberi komen mengenai satu laporan yang dikeluarkan Pejabat Pengamatan Internet Universiti Stanford pada Isnin lalu.

Baru-baru ini, Pejabat Pengamatan Internet Universiti Stanford mengeluarkan satu laporan yang mendedahkan, AS melalui media sosial menyebarkan maklumat palsu di negara dan wilayah tertentu khususnya di China, untuk mempengaruhi dan mendalang kecenderungan pendapat umum dalam senario global.

Wang Wenbin menegaskan, semenangnya terdapat sejumlah badan media AS yang mendedahkan baru-baru ini bahawa akaun-akaun palsu tersebut disyaki berada di bawah pengendalian pihak tentera AS demi tujuan perang maklumat secara rahsia.