Xi Ucap Takziah kepda Mangsa Insiden Tembakan Rusia

2022-09-27 16:37:25  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping menghantar mesej takziah kepada Presiden Rusia Vladimir Putin atas berlakunya insiden tembakan dalam satu sekolah di bandar Izhevsk negara tersebut.

Xi berkata bahawa beliau terkejut pada saat diberitahu tentang berlakunya insiden tembakan dalam satu sekolah di Izhevsk. Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, dan atas nama diri sendirinya, Presiden Xi mengucapkan takziah yang ikhlas dengan sepenuh hati kepada mangsa dan keluarga mereka.