AS Seru Pakistan Minta Pelepasan Hutang dari China

2022-09-28 14:25:28  CRI
Share with:

Menyentuh ucapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken baru-baru ini yang menyeru Pakistan meminta pelepasan hutang dari China, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata pada Selasa lalu, kerjasama China-Pakistan dalam bidang ekonomi dan kewangan sejak sekian lama adalah produktif dan kondusif, dan rakyat Pakistan merupakan yang paling sesuai untuk bersuara tentang perkara tersebut.

Menurutnya, setelah Pakistan dilanda bencana banjir tahun ini, China sebagai sahabat yang berganding bahu dan saudara yang 'ringan sama dijinjing berat sama dipikul', segera menghulurkan bantuan kepada Pakistan.

Kerajaan China telah memutuskan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan yang bernilai RMB400 juta (RM250 juta) kepada Pakistan. Kalangan rakyat China pula giat menyediakan bantuan. China akan terus dengan sedaya upaya menyediakan bantuan kepada rakyat Pakistan untuk mengatasi bencana dan membina semula kampung halaman dengan seawal mungkin.

AS yang cenderung membangkitkan perselisihan dalam kerjasama China-Pakistan, digesa sebaiknya menyediakan bantuan yang benar-benar kepada rakyat Pakistan.