Semua Pemimpin Negara Terpilih Wakil Kongres Kebangsaan PKC Ke-20

2022-09-28 15:00:58  CRI
Share with:

Kerja pemilihan wakil  Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) Ke-20 telah diselesaikan. Sebanyak 38 zon pemilihan di seluruh China menyaksikan terpilihnya 2,296 wakil dari pelbagai kalangan masyarakat. 

Kesemua 51 orang pemimpin negara dan PKC termasuk Setiausaha Agung PKC, Xi Jinping juga terpilih sebagai wakil  Kongres Kebangsaan PKC Ke-20.

Xi terpilih dengan mendapat semua undi sokong di zon wilayah Guangxi pada 22, April 2022. Menurut wakil anggota PKC dan rakyat tempatan Guangxi, kemajuan signifikan yang tercapai PKC dalam tadbir urus negara tidak terlepas dari pucuk pimpinan yang diketuai Xi, dan arahannya yang menuju ke pembangunan negara sosialis yang bercirikan China pada era baharu. 

Kerja pemilihan wakil yang lancar diselesaikan sudah meletakkan telapak kukuh bagi menjayakan Kongres Kebangsaan PKC ke-20.  Para wakil bertugas membincangkan dan membuat keputusan tentang urusan utama yang berkaitan dengan pembangunan Parti dan negara pada masa depan, dan juga bersiap sedia menyumbang segala tenaga untuk memacu pembangunan negara sosialis yang moden.