Xi: Usaha Gigih dan Berpadu untuk Kejayaan Baru Sosialisme Bercirikan China

2022-09-28 13:59:21  CRI
Share with:

Pada saat menjelang Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC),  Presiden China, Xi Jinping bertolak ke Balai Pameran Beijing untuk mengunjungi satu pameran yang bertemakan “Kemaraan dalam Era Baharu" pada Isnin lalu.

 Xi menegaskan, sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan PKC Ke-18, rakyat China yang berbilang kaum di bawah pimpinan PKC berjaya menghapuskan ranjau duri yang sudah wujud lama sehingga dapat mengecapi pencapaian yang cemerlang,  walaupun menghadapi cabaran dan mengalami ujian dari segi politik, ekonomi, ideologi, alam dan lain-lain. Kemajuan yang signifikan yang tercapai PKC dalam tadbir urus negara dalam tempoh tersebut, merupakan jaminan yang kukuh dan penyangga fizikal yang substantif bagi kebangkitan nusa dan bangsa China.

  Beliau menambah, langkah-langkah strategik dan hasil cemerlang yang tercapai China dalam 10 tahun yang lalu patut dijadikan tumpuan dalam kempen penyebaran di peringkat kebangsaan, untuk memberikan inspirasi kepada rakyat pelbagai etnik terus bersemangat gigih memperjuangkan negara sosialis yang moden dan bercirikan China pada era baharu.