Penggodaman dan Serangan Siber Tajaan AS Terdedah Lagi

2022-09-28 14:27:47  CRI
Share with:

Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer Negara China (NCVERC) dan Syarikat 360 bersama mengeluarkan laporan siasatan kedua mengenai serangan siber dari luar negara terhadap Universiti Politeknik Barat Laut (NPU) China pada Selasa. Laporan edisi terkini itu mendedahkan butiran yang lebih penting tentang ribuan serangan siber tajaan Pejabat Operasi Akses Sasaran (TAO) di bawah Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat (AS)  terhadap NPU.

Menurut butiran dan perincian yang terdedah, serangan siber tajaan TAO terhadap NPU merangkumi akses ke infrastruktur China, pencurian data peribadi pengguna China dan penggodaman terhadap maklumat sejumlah pengguna individu yang identitinya sensitif.

Adalah menjadi rahsia terbuka bahawa AS sudah lama terlibat dalam penggodaman siber secara besar-besaran. Terdapat satu laporan yang dikeluarkan oleh syarikat Internet China tahun ini menunjukkan bahawa sejak belasan tahun lalu, NSA AS pernah melancarkan serangan siber ke atas 403 sasaran di 47 buah negara dan kawasan di seluruh dunia, termasuk China, Britain, Jerman dan Perancis.

Cuma, rahsia tentang bagaimana NSA melancarkan serangan sibernya ditutup dengan baik sejak sekian lama. Sekarang ini, saluran, masa bahkan kesilapan yang terwujud sepanjang serangan siber NSA ke atas NPU, beserta identiti sebenar 13 penggodam, terdedah dalam laporan penyiasatan yang dikeluarkan oleh China berdasarkan bukti kukuh.

Dwistandard tidak patut digunakan dalam memelihara keselamatan siber, iaitu hanya menjaga keselamatan suatu negara sedangkan mengabaikan keselamatan negara lain, atau hanya menjaga keselamatan sesetengah negara manakala mengabaikan keselamatan sesetangah negara lain, apatah lagi hanya menjaga keselamatan mutlak milik negara sendiri dengan mengorbankan keselamatan negara lain. AS mesti segera menghentikan serangan siber yang bermotif jahat terhadap sasaran China. Sudah berakhir zaman AS yang menyaksikannya bertindak sewenang-wenangnya dalam dunia siber dan memutarbelitkan fakta sesuka hati.