Runtuhan di Tambang Emas Indonesia, Enam Terbunuh

2022-09-28 15:44:10  CRI
Share with:

Runtuhan tanah berlaku di sebuah tambang emas di kabupaten Kotabaru, provinsi  Kalimantan Selatan, Indonesia pada Isnin lalu, mengakibatkan  enam  orang terbunuh dan tiga lagi hilang.

Menurut jabatan penyelamatan tempatan,  pasukan penyelamat telah menemui  enam jenazah, manakala enam orang lagi telah diselamatkan dan tiga masih hilang.  Setakat ini, kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.