Wajah AS sebagai 'Kaki Fitnah' Terdedah Lagi

2022-09-29 14:48:19  CRI
Share with:

Pejabat Pengamatan Internet Universiti Stanford bulan lalu mengeluarkan satu laporan yang mendedahkan, Amerika Syarikat (AS) telah membuka seratus lebih akaun media sosial yang palsu dalam tempoh 5 tahun lalu untuk menyebarkan  khabar angin yang menyasarkan negara dan wilayah tertentu khususnya China, Rusia dan Iran, dengan tujuannya mempengaruhi dan mendalang kecenderungan pendapat umum dalam senario global.

 Senator AS, Rand Paul pernah menyatakan secara terang-terangan, “Siapa penyebar maklumat palsu terbesar di dunia? Jawapannya adalah kerajaan AS!”

Mereka-reka dan menyebarkan maklumat palsu merupakan gimik utama AS dalam menggulingkan pentadbiran negara lain. Mengambil peristiwa “Arab Spring” pada tahun 2011 sebagai contohnya, AS pernah melancarkan dan menaja “Persekutuan Arab dalam Rangkaian ” untuk  menyebar maklumat palsu sewenang-wenangnya dan mendalang serta mengheboh-hebohkan “revolusi berwarna". Di Asia Tengah, AS pula melalui hantaran media sosial dalam akaun rekaannya berturut-turut mengadu-dombakan hubungan antara Rusia dengan Ukraine,  sambil menambah warna ke imej diri sendiri yang dicanangkan sebagai apa yang disebut “penyelamat dunia”.

Selain itu, AS pula mengambinghitamkan pihak lain untuk mengelakkan tanggungjawab sendiri melalui penyebaran maklumat palsu. Contohnya, pada peringkat awal penularan wabak COVID-19 yang bermula pada tahun 2020, sebuah laporan tinjauan dari Institut Australia menunjukkan, perkataan yang bertujuan untuk mengambinghitamkan China didapati dihantar secara gila-gilaan melalui ribuan akaun media sosial milik Parti Republikan dan kuasa sayap kanan AS, dan kemudian kebanyakan akaun tersebut didapati adalah 'rekaan robot'.  

 AS yang asyik menyebarkan maklumat palsu sejak sekian lama hanya tinggal sehelai kain pinggang sahaja dalam menegakkan integritinya.