China dan Argentina, Teladan Kerjasama Negara Pasaran Baharu

2022-09-30 10:37:53  CRI
Share with:

 

Presiden China, Xi Jinping mengutuskan sepucuk surat tahniah kepada Forum Peringkat Tinggi mengenai Pertukaran Kebudayaan China-Argentina pada 28 September, dan meluahkan harapan agar forum tersebut kondusif bagi membuka lembaran baharu dalam perkembangan Perkongsian Srategik Komprehensif China-Argentina dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Amerika Lantin serta pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan pada era baharu.  

Sementara itu, Presiden Argentina Alberto Fernandez dalam surat tahniahnya kepada forum tersebut berkata bahawa beliau menanti-nantikan kedua-dua pihak dapat memperincikan kerjasama, dan menambah warna kepada Perkongsian Strategik Komprehensif Argentina-China demi memberikan sumbangan lebih besar kepada peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan keamanan dunia.

Surat tahniah dari pemimpin tertinggi kedua-dua negara ini mencerminkan mereka amat mengambil berat akan kerjasama China-Argentina, serta arahan strategik untuk mengukuhkan Perkongsian Strategi Komprehensif kedua-dua negara dan mendorong pertukaran kebudayaan.

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, hubungan China dan Argentina telah berkembang daripada "rakan jauh di mata" ke "Perkongsian Strategik Komprehensif" sehingga membawa faedah yang substantif kepada rakyat kedua-dua negara, malah membuktikan hubungan menang-menang boleh diwujudkan antara negara.

“China dan Argentina adalah kawan baik dan teman baik.” Petikan dalam surat tahniah Presiden Xi ini terbukti dengan perkembangan hubungan dua hala sejak setengah abad yang lalu. Asas perpaduan, kerjasama dan pembangunan bersama antara China dengan Argentina tidak terlepas dari sokongan masing-masing kepada kepentingan dan kedaulatan masing-masing. Sikap saling menghormati kedaulatan merupakan nadi hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Pada masa yang sama, rakyat kedua-dua negara juga amat memanfaatkan hubungan persahabatan ini. China dan Argentina sedang mengalami pemulihan ekonomi pasca wabak buat masa sekarang, dan dipercayai akan terus mengukuhkan asas kerjasama dan bersama-sama menyahut cabaran pembangunan dalam kerangka Inisiatif Jalan dan Laluan (BRI).

Terdapat satu pepatah Amerika Latin yang berbunyi, "kawan dan arak, lagi tua lagi baik".  Menginsafi tamadun masing-masing dan memperlancar komunikasi di kalangan rakyat terbukti kekal kondusif dalam memicu kerjasama China-Argentina yang hubungan rakannya sudah bersejarah 50 tahun.

Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, perkembangan pesat hubungan China-Argentina secara menyeluruh juga merupakan satu cerminan hubungan China-Amerika Latin yang berkembang dinamik.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, "keghairahan berkaitan China" di Amerika Latin dan "keghairahan berkaitan Amerika Latin" di China didapati berkembang serentak. Kerjasama antara China dan negara-negara Amerika Latin, dan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Amerika Latin yang selama ini berkembangan selaras dengan arus zaman dipercayai kekal konsisten dan mantap pada masa hadapan.