China Sokong Usaha Rakyat Palestin Pulihkan Hak-hak Sah

2022-10-01 15:23:47  CRI
Share with:

China berdiri teguh di sisi rakyat Palestin yang berjuang untuk memulihkan hak-hak mereka yang sah, kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu.

Chen berkata keadaan semasa di rantau berkenaan masih rapuh, dan pihak-pihak terbabit terutamanya Israel harus kekal bersabar dan mematuhi resolusi PBB yang berkaitan serta mengelakkan konflik bertambah buruk.

“Semua serangan sembarangan dan penggunaan kekerasan yang tidak simetri terhadap orang awam mesti ditolak dan dikecam.

“Ia adalah perlu untuk memerangi jenayah kekerasan dan melindungi hak asasi manusia di rantau berkenaan, terutamanya orang tua, wanita, kanak-kanak dan golongan rentan lain.

“Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk mempercepat tindak balas kemanusiaan dan menghapuskan sepenuhnya sekatan di Gaza secepat mungkin,” kata beliau semasa berucap pada sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Jumaat.

Chen mengulangi pendirian China akan terus menyokong usaha rakyat Palestin memulihkan hak-hak mereka yang sah, dan memberi sokongan padu kepada Palestin dan Israel untuk menyambung semula rundingan damai secepat mungkin berdasarkan ‘penyelesaian dua negara’.