Tiada Lagi Kebocoran Gas di Nord Stream 2

2022-10-02 16:16:15  CRI
Share with:

Tekanan dalam saluran paip bawah laut Nord Stream 2 kembali stabil, menandakan tiada lagi kebocoran gas berlaku dalam saluran paip berkenaan.

Agensi Tenaga Denmark memetik maklumat disediakan pengendali Nord Stream AG sebagai berkata, tekanan stabil diwujudkan di paip Nord Stream 2, manakala keadaan Nord Stream 1 masih belum diketahui.