HFTP Tarik Lebih Banyak Entiti Pasaran

2022-10-02 16:08:34  CRI
Share with:

Pelaksanaan Pelan Induk Pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan (HFTP) selama dua tahun menyaksikan lebih banyak syarikat berminat untuk melabur dan bertapak di pelabuhan dagangan bebas itu. 

Dalam tempoh dua tahun lalu, HFTP mencatatkan kehadiran lebih sejuta entiti pasaran baharu, dengan kadar peningkatannya menduduki tempat teratas di seluruh negara selama 28 bulan berturut-turut.

Setakat hujung Ogos tahun ini, jumlah entiti pasaran di pelabuhan dagangan bebas itu direkod melebihi dua juta.