Pemimpin Asing Ucap Tahniah Sempena Hari Kebangsaan China

2022-10-02 14:13:14  CRI
Share with:

Ramai pemimpin negara asing dan ketua pertubuhan antarabangsa menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Xi Jinping sempena sambutan ulang tahun ke-73 penubuhan Republik Rakyat China. 

Pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), Kim Jong Un berkata di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC), kerajaan dan rakyat China berjaya membina masyarakat makmur sederhana dan mengorak langkah ke arah membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh.

Menurut Kim, rakyat China akan menyambut perasmian Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, yang bakal menjadi perkara signifikan dalam pembinaan sosialis China.

Presiden Rusia Vladimir Putin turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Xi dan meluahkan harapan agar Kongres Kebangsaan ke-20 PKC berjalan lancar.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada rakyat China, dan berharap masyarakat China aman damai dan makmur rahmat.

Selain itu, Presiden Singapura Halimah Yacob menyatakan, China meraih pencapaian cemerlang dalam pembangunan sepanjang beberapa dekad lalu, menyaksikan ekonomi negara dinamik dan berdaya tahan.

Menurut beliau, China berjaya menghapuskan kemiskinan mutlak, meningkatkan taraf hidup rakyat dan membina masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh, sekali gus menjadi penyumbang aktif dalam masyarakat antarabangsa.

Halimah yakin, persahabatan antara Singapura dengan China yang terjalin sejak sekian lama akan kekal kukuh pada masa hadapan.