Matlamat Perjuangan Seratus Tahun Kedua China

2022-10-02 11:55:02  CRI
Share with:

Selepas cuti Hari Kebangsaan China berakhir nanti, Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) ke-20 bakal diadakan tidak lama lagi. Dalam sidang yang begitu diidam-idamkan rakyat China itu, perancangan strategik untuk mewujudkan Matlamat Perjuangan Seratus Tahun kedua serta siri langkah berkenaan yang penting akan digariskan.

Matlamat Perjuangan Seratus Tahun pertama sudah direalisasikan sempena ulang tahun keseratus PKC pada tahun lalu, iaitu mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh di negara ini. PKC sekarang ini memimpin rakyat terus memperjuangkan Matlamat Seratus Tahun kedua, iaitu membangunkan China sebagai negara sosialis yang moden dan kuat sempena ulang tahun keseratus Republik Rakyat China yang akan jatuh pada tahun 2049.

Mungkin anda ada soalan tentang apa kaitannya antara pembinaan negara sosialis yang moden di China dengan Malaysia?

Sekarang terdapat banyak negara sedang berjuang untuk mewujudkan pemodenan negara sendiri. Pemodenan bergaya China bukan sahaja bertujuan membawa kesejahteraan kepada rakyat China bahkan akan membawa faedah kepada rakyat seluruh dunia, dan dilihat memang berkaitan dengan kehidupan setiap orang.

Dalam tempoh 40 tahun lalu, hampir 800 juta orang miskin di China telah dibantu membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan menurut standard kemiskinan mutlak Bank Dunia dengan pendapatan USD1.9 (RM8.8) setiap orang sehari. Angka itu menempati 75% ke atas jumlah orang yang membebaskan diri daripada kemiskinan di dunia pada masa yang sama.

Selaku negara pengeluaran bijirin paling besar di dunia, China yang mempunyai tanah tanaman yang tidak sampai 9% di dunia mampu mengeluarkan bijirin yang kira-kira 20% keseluruhan dunia, sekali gus menyediakan makanan yang mencukupi kepada kira-kira 20% jumlah penduduk di dunia. Serentak itu, China memberikan sumbangan kepada usaha memelihara keselamatan bijirin dunia antaranya termasuk mengeluarkan Inisiatif Kerjasama Keselamatan Bijirin Antarabangsa, menyediakan sokongan kemanusiaan serta menyediakan bantuan teknologi kepada negara membangun.

Mewujudkan kemakmuran bersama-sama dijadikan salah satu komponen  misi pemodenan negara China. Maka, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan kepada luar, berkongsi peluang pasaran yang lebih banyak dengan negara lain untuk menyuntik momentum kepada pemulihan ekonomi dunia. Martin Jacques, sarjana dari negara Barat yang terkenal, pernah menyatakan bahawa gejala ketidaksaksamaan di negara Barat terus bertambah tetapi tidak pernah ditangani dengan serius. Pendekatan yang dilaksanakan China untuk mewujudkan kemakmuran bersama-sama boleh diteladani dunia.

Selain itu, China bersedia berkongsi hasil yang tercapainya dalam bidang pembinaan ekologi persekitaran dan tamadun ekologi, sains dan teknologi dan pertukaran kebakatan demi menggalakkan kedamaian dan pembangunan dunia.

Kami berharap agar dunia luar boleh mengetepikan prasangka yang melihat pembangunan China sebagai ‘ancaman global’, dan meningkatkan kesudian untuk menginsafi negara yang tidak pernah menjajah, menceroboh atau mencetuskan perang ini. Kami yakin sikap ikhlas China untuk memicu pembangunan bersama dengan dunia boleh terasa sepanjang berlangsungnya Sidang Kebangsaan ke-20 PKC yang bakal diadakan pada 16 Oktober nanti.