Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC Signifikan: Duta Rusia

2022-10-02 14:56:46  CRI
Share with:

China mengecapi kemajuan yang mengagumkan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan kebudayaan, kata wakil tetap Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Gennady Gatilov.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) sempena ulang tahun ke-73 penubuhan Republik Rakyat China baru-baru ini.

Menurutnya, Rusia dan China boleh mencapai kejayaan yang lebih besar dalam arena antarabangsa dan hubungan bilateral.

Menyentuh tentang Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang bakal membuka tirainya, Gatilov menganggap kongres itu mempunyai makna signifikan kepada pembangunan China, dan keputusannya akan selaras dengan kepentingan rakyat negara ini.

Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time -0:00
 
1x
Video Player is loading.