Lebuh Raya Pertama Kemboja Beroperasi secara Percubaan
Lebuh Raya Phnom Penh-Sihanoukville yang dibina oleh
syarikat China mula beroperasi secara percubaan pada Sabtu, sekali gus
menjadikannya fasiliti seumpama yang pertama di Kemboja.
Setiausaha Negara di Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan Kemboja, Yit Bunna dalam majlis perasmian mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China atas sumbangannya terhadap pembinaan infrastruktur Kemboja.
Beliau berkata dengan pembukaan lebuh raya itu, masa perjalanan antara Phnom Penh dan Sihanoukville akan dikurangkan daripada lima jam kepada kira-kira dua jam.
"Projek berkenaan akan memudahkan perjalanan penduduk dan membantu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan," ujarnya.