Pencapaian China Cemerlang Sedekad Lalu: Duta China

2022-10-03 13:34:38  CRI
Share with:

China meraih pencapaian cemerlang dalam pembangunan negara sepanjang sepuluh tahun lalu selepas sosialisme bercirikan China memasuki era baharu.

Demikian kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu pada majlis sambutan ulang tahun ke-73 penubuhan Republik Rakyat China, baru-baru ini.

Chen berkata sepuluh tahun lalu menyaksikan China berjaya mewujudkan masyarakat makmur sederhana secara menyeluruh, dan mencatatkan prestasi baik dalam pembangunan ekonomi dan pencegahan pandemik.

“Perkadaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China di dunia meningkat kepada 18 peratus berbanding 11.3 peratus, yang turut melonjakkan pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat ke tahap lebih tinggi.

“Amalan demokrasi rakyat seluruh proses terus dimantapkan bagi memastikan setiap rakyat China menikmati hak asasi mereka, sekali gus perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik terus utuh,” kata Chen.

Beliau turut menambah, China aktif dalam menggerakkan pembentukan hubungan antarabangsa model baharu, memantapkan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta mengetengahkan cadangan seperti Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global untuk bersinergi dengan negara lain ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) akan dirasmikan tidak lama lagi. Seluruh rakyat China akan berganding bahu untuk membuka lembaran baharu dalam usaha membangunkan negara sosialis moden secara menyeluruh,” katanya.