China Bantu Filipina Bina Kemudahan Pengairan
Projek Pengairan Pam Sungai Chico (CRPIP), Filipina yang diusahakan syarikat China membantu meningkatkan hasil tanaman di utara Pulau Luzon, yang bergelar 'gudang bijirin' penting di negara itu.
Projek CRPIP diusahakan Syarikat Kejuruteraan CAMC China (CAMCE) mulai 2018 dan disiapkan pada tahun ini.
Selain dilengkapi stesen pam, projek itu juga melibatkan parit utama sepanjang 30 kilometer (km) dan parit sampingan sepanjang 70 km.
Ia mampu menyiram tanaman untuk ladang seluas 8,700 hektar, sekali gus membawa faedah kepada hampir 5,000 keluarga kaum tani di 22 buah kampung di sekitarnya.
“Sebelum ini, pengeluaran beras per hektar di sini hanya dua tan metrik, sekiranya air hujan mencukupi. Dengan siapnya projek pengairan itu, output bijirin mencatat sekurang-kurangnya lima tan metrik,” kata pengurus projek CRPIP Pentadbiran Pengairan Negara Filipina, Reyvelino Apongo.
Difahamkan, kerja membina dua terowong merentas gunung sepanjang 1.92 km antara yang paling mencabar dalam pelaksanaan projek pengairan berkenaan.
Semua kesulitan akhirnya berjaya diatasi dengan pengaplikasian teknologi China. Sementara itu, pelan pelaksanaan yang digunakan CAMCE turut diambil sebagai contoh untuk projek pembinaan kemudahan pengairan di Filipina.