AUKUS, Jangan Undang Bala

2022-10-03 15:29:28  CRI
Share with:

Komplotan pakatan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS) yang mahu mewajarkan kerjasama kapal selam nuklear akhirnya menemui kegagalan di persidangan ke-66 Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ia disifatkan sebagai kejayaan dalam menegakkan keadilan dan mempertahankan peraturan konvensyen antarabangsa, dan turut memberi tamparan hebat kepada amalan hegemoni AS.

Cubaan AUKUS yang bersubahat memuktamadkan kerjasama kapal selam nuklear sejak September tahun lalu menimbulkan kebimbangan dunia.

Kerjasama berkenaan membelakangi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), Statut IAEA dan Perjanjian Zon Bebas Nuklear Pasifik Selatan atau dikenali Perjanjian Rarotonga.

Adalah menjadi aspirasi bersama semua negara untuk membina dunia bebas senjata nuklear serta bersinergi menjaga keamanan dan kestabilan.

Selaku negara pemilik senjata nuklear terbesar di dunia, AS asyik terhadap 'persaingan strategik kuasa besar' dan mahukan 'kongsi nuklear' diperkenalkan di rantau Asia Pasifik.

Negara-negara di rantau Asia Pasifik bahkan dunia kian gelisah akan kesan daripada komplotan AUKUS.

Buat masa ini, IAEA telah melancarkan proses perbahasan antara kerajaan mengenai kerjasama AUKUS, sebagai cara yang betul untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

AUKUS digesa supaya kembali ke landasan betul berteraskan NPT secepat mungkin. Mudarat menanti jika mereka tidak berbuat demikian.