Nord Stream 1 dan 2 Berhenti Bocor

2022-10-03 14:16:36  CRI
Share with:

Tekanan dalam saluran paip bawah laut Nord Stream 1 kembali stabil, menandakan tiada lagi kebocoran gas berlaku dalam saluran paip berkenaan.

Agensi Tenaga Denmark pada Ahad memetik maklumat disediakan pengendali Nord Stream AG sebagai berkata, paip gas Nord Stream 1 dan 2 telah berhenti bocor.

Sebelum ini, insiden kebocoran gas dilaporkan dikesan di kedua-dua saluran paip bawah laut tersebut.

Namun, masih tiada jadual waktu yang konkrit untuk kerja menyiasat punca kejadian dan membaik pulih paip rosak.