Indonesia Tubuh Panel Bebas Siasat Tragedi Stadium Kanjuruhan

2022-10-03 14:26:45  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Indonesia akan menubuhkan pasukan siasatan bebas untuk mengenal pasti punca insiden rusuhan peminat bola sepak yang berlaku di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur pada malam Sabtu.

Setakat ini, rusuhan penyokong yang terjadi antara Arema FC dan Persebaya di stadium berkenaan telah menyebabkan 125 orang terkorban dan 180 lagi cedera.

Pegawai kerajaan mengesahkan angka rasmi itu selepas semakan semula dijalankan.