Polis Sweden Siasat Kebocoran Nord Stream

2022-10-04 14:53:58  CRI
Share with:

Polis keselamatan Sweden sedang menjalankan siasatan awal terhadap punca kerosakan saluran paip gas Nord Stream, lapor Televisyen Sweden.

Kawasan sekitar titik kebocoran yang seluas lima batu nautika turut ditutup untuk penyiasatan lapangan.

Difahamkan, siasatan awal diketuai pendakwa raya Perkhidmatan Keselamatan Sweden dan dikendalikan oleh polis keselamatan tempatan.

Sementara itu, Pasukan Pengawal Pantai Sweden bertugas memberi sokongan kepada kerja pendakwa raya dan polis keselamatan.