AS Digesa Henti 'Ketagih Sekatan'
2022-10-04 14:25:27 CRI
Amerika Syarikat (AS) perlu menghentikan 'ketagihan
sekatan' ke atas Iran, dan mengambil tindakan konstruktif untuk memulihkan
pelaksanaan perjanjian nuklear berkenaan, kata jurucakap Kementerian Luar Iran,
Nasser Kanaani.
Kanaani berkata, peningkatan sekatan ke atas Iran mencerminkan AS tiada kemahuan politik untuk meneruskan rundingan.
"Jika AS menunjukkan kesungguhan politik, persepakatan mengenai pemulihan perjanjian nuklear Iran akan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat," katanya semasa sesi taklimat di Teheran pada Isnin.

