China Sekali Lagi Dipilih Ahli Majlis ITU

2022-10-04 14:54:59  CRI
Share with:

China sekali lagi dipilih sebagai ahli Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam Persidangan Plenipotensiari 2022 yang berlangsung di Bucharest pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengawasan Radio Kebangsaan China, Cheng Jianjun turut dipilih sebagai anggota Lembaga Peraturan Radio ITU.

Setiausaha Agung ITU, Zhao Huolin berkata sebagai anggota Majlis ITU, China sentiasa mewakili kepentingan negara-negara membangun, dan giat mendorong perkembangan industri maklumat dan komunikasi global serta memberi sumbangan penting kepada ITU.

Majlis ITU yang terdiri daripada 48 negara anggota, bertanggungjawab mentadbir agensi antarabangsa itu dalam tempoh antara dua persidangan plenipotensiarinya.

Lembaga Peraturan Radio ITU pula terdiri daripada 12 pakar yang bertugas mentafsirkan peraturan radio, menyempurnakan peraturan berkenaan, dan melakukan koordinasi untuk menangani masalah seperti gangguan frekuensi radio antara negara anggota.